Thursday, April 14, 2011

study last saat..!

alooo,, haaaa selalo kite dega stady last minute je an ary nie meh dga cter stdy last saat plak eh. tu lah yg tgh ak alami coz ta mo stdy awai2 pdan muke an haaa so pe lg pulun lah weyyy..!! hahahah 
last saat-last saat pon sempat ag ak m'update belog nie an..
wahah cam nie lah jdix nye..!

Speed Reading + Interpreting
Sesuai Digunakan Untuk Subjek : yang mempunyai banyak fakta 
Sesuai Digunakan Ketika : Sehari sebelum exam bermula , masa lapang
Bahan Yang Diperlukan : Highlighter
Cara-Caranya:

1. Baca topik yang korang nak baca dan higlight isi-isi yang penting dan fakta sambil memahami apa yang korang baca dan apa yang korang highlight.
2.   Lepas korang dah baca satu mukasurat , baca semula perkataan yang korang highlight dan kaitkan fakta tersebut dengan fakta yang korang dah highlight sebelum ni.
3.Lepas korang dah habis langkah 1 dan langkah 2 , teruskan benda yang sama ke mukasurat seterusnya. 
4. Kalau korang ada masa lagi , lepas korang dah baca satu bab , korang pergi balik ke bahagian awal bab tersebut dan baca balik apa yang korang dah highlight sambil mengaitkannya dengan topik untuk kemujaraban yang maksimum... 



Nota Ringkas ( semasa pembelajaran dalam kelas )
Sesuai diamalkan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.
Memerlukan kepekaan dan kebolehan interpretasi yang mantap serta 100% tumpuan semasa belajar
Cara-caranya:
1. Korang fokus je kat cikgu yang mengajar korang tu , dengar setiap fakta yang dia nak bagi semasa mengajar
2.  Bila dia dah bagi fakta , cepat-cepat korang tangkap isi-isi penting dan tuliskan dalam buku nota korang. Korang tak perlulah salin bulat-bulat apa yang cikgu tu cakap. Contohnya : "Emilio Aguinaldo telah menubuhkan gerakan nasionalis Katipunan semasa gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina" . Korang ringkaskan jadi : Filipina tahap kedua - Emilio Aguinaldo -----> Katipunan...

Nota Ringkas ( semasa mengulangkaji di rumah )
Cara belajar yang paling mudah untuk diamalkan
Memerlukan kebolehan untuk meringkaskan ayat dan fakta
Cara-caranya: 
1. Masa korang tengah membaca tu , cari isi-isi dan fakta penting.
2.Highlight fakta tu menggunakan highlighter ( lebih efektif berbanding pensil ) 
3.Salin semula fakta tersebut dalam bentuk yang paling ringkas dan difahami.
4.Fakta boleh disalin semula dalam bentuk Fakta dan Huraian ataupun Peta Minda
5.Nota boleh disimpan dalam bentuk booklet ataupun helaian kertas.


selamat mnjawb exam dgan tenag whai kwn2 ku n ak jgak eh.. heheh insyaallah do de best ok.. =)



No comments:


POLI Bloggerz